Jumaat, 4 Julai 2014

CONTOH KARANGAN PERBAHASAN

ASSALAMUALAIKUM....
     Hari ini saya akan membuat satu contoh karangan perbahasan yang jarang digunakan di sekolah..Saya akan menunjukkan satu persatu langkah untuk membuat karangan perbahasan..
SOALAN:Kamu telah menyertai pertandingan perbahasan.Tajuk perbahasan ialah "Penggunaan internet mendatangkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan".Sebagai pencadang,sediakan hujah-hujah kamu selengkapnya....
RANGKA KARANGAN:   PENDAHULUAN:Menyatakan pendirian (menyokong atau membangkang tajuk)
ISI 1:Memberikan maksud tajuk
ISI 2:Pelbagai maklumat diperoleh-tanpa sekatan-nilai-nilai negatif
ISI 3:Remaja mudah terpengaruh
ISI 4:Kesan-kesan buruk yang lain...
PENUTUP:Menegaskan tajuk-harapan-terima kasih..

Saya akan mengongsikan satu contoh karangan perbahasan kepada semua..Untuk membuat pendahuluan, kita tidak perlu menjarakan ayat..apabila masuk kepada isi pertama baru lah kita mulakan ayat dengan jarak..


Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis,Yang Berusaha Guru Besar,panel hakim yang arif lagi bijaksana,guru-guru dan rakan-rakan sekalian.Selamat pagi dan selamat sejahtera saya uncapkan.
    
 Hadirin sekalaian,
  1. Saya bagi pihak pencadang menyokong sepenuhnya tajuk perbahasan pada hari ini,iaitu"Penggunaan internet mendatangkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan".Seperti yang diketahui,kecanggihan teknologi maklumat kini mampu menyebarkan segala maklumat sama ada positif atau negatif dengan sentuhan di hujung jari sahaja.
 2.   Pelbagai maklumat dapat diperoleh dengan mudah melalui internet.Penyebaran maklumat yang luas tanpa sekatan menggalakkan penyebaran khabar angin serta maklumat yang tidak berasas.Pelbagai ciri budaya kuning juga turut ditonjolkan melalui Internet.Nilai-nilai negatif ini sering mempenggaruhi dan meracuni fikiran para remaja yang tidak matang.
Sidang hadirin sekalian,
3       .Pelbagai jenis maklumat yang disalurkan melalui internet juga tidak hanya sarat  dengan unsur-unsur keganasan,kekejaman,bahkan unsur-unsur lucah.Para remaja yang masih berfikiran mentah amat mudah terpengaruh dengan unsur-unsur ini.
4.          Selain itu,keasyikan para pengguna melayari internet bukan sahaja meningkatkan bayaran bil elektrik dan telefon,malah akan menjejaskan kesihatan.Sinaran ultra unggu daripada skrin komputer akan merosakkan mata dan akan menggakibatkan penyakit kanser kulit.Fenomena ini akan menjejaskan kesihatan fizikal dan mental seseorang.
5. Berlandaskan hujah-hujah saya di atas,jelaslah bahawa Internet lebih banyak membawa keburukan daripada kebaikan.Justeru,setiap individu mestilah pandai menggunakan masa dengan pelbagai aktiviti lain yang berfaedah.
   SEKIAN, TERIMA KASIH.


MUDAH KATA:POSITIF:Perkara baik
                           NEGATIF:Tidak baik
                           DITONJOLKAN:Tunjukkan
                           SARAT:Penuh

ITU SAHAJA YANG DAPAT SAYA KONGSIKAN HARI INI.
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABAROKATU


2 ulasan:

  1. dafabet | ThauberBet
    dafabet.com is dafabet a licensed bookmaker and an excellent website that's currently running 188bet in 12bet Europe. We've been very happy with their customer support,

    BalasPadam
  2. JT Casino 2021 - Hotel Deals & Reviews
    JT 강원도 출장마사지 Casino. Hotel, Jt Casino, Jt Casino, Jt Casino, 양산 출장안마 Jt Casino Hotel, Jt Casino - JT 대전광역 출장안마 - Jt Casino Hotel, 대구광역 출장안마 Jt Casino - JT Casino, Jt Casino - JT 부산광역 출장안마 - JT Casino Hotel.

    BalasPadam